Thursday, 18 September 2014

Resepi Perencah Ikan Bakar Echo

Resepi Perencah Ikan Bakar Echo

            Resepi ikan bakar nie kadang-kadang sedap kadang-kadang boleh jadi tak sedap. Ini semua anda yang tentukan. Bergantung kepada bakat yang terpendam di dalam diri anda sendiri la yer. Bak kata pepatah, Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. :-).. Selamat mencubaa!!

Bahan-bahan yang diperlukan. ( Untuk 3 ke 4 ekor ikan yg sederhana Besar)
1- Ikan ( bergantung kepada taste korang lah)
2-Bawang Besar ( 2 - 3 biji)
3-Bawang Putih (1 biji )
4-Bawang Kecil ( 10 biji)
5-Lengkuas ( 1 inci)
6-halia ( 1 inci)
7-Gula Merah ( 4 sudu besar- nk manis boleh tambah lagi-disyorkan tambah lah )
8-Kunyit Hidup ( 1 ke 2 inci)
9-Garam ( 2 sudu Kecil)
10- Madu ( 1 sudu Besar)
11- Cabai Melaka ( 6-7 biji-nak pedas boleh tambah segenggam ;-)
12-Limau Nipis ( 3-4 biji)
13- Air Asam Jawa
14-Kicap Pekat Manis
15- Cili serbuk ( satu sudu Besar)

Ini Hasilnya


Cara-Caranya adalah.......

1- Basuh dan siang ikan terlebih dahulu..( gunakan air asam jawa dan limau nipis untuk hilangkan bau dan hanyir ikan)
2- Potong bawang besar,bawang putih,bawang kecil, lengkuas, halia, kunyit dan cili melaka dan masukkan kedalam mesin pengisar dan kisar bahan2 tersebut sehingga halus. Jangan lupa msokkan sedikit garam.
3-Panaskan kuali beserta sedikit minyak masak.
4-Seterusnya, setelah kuali panas, masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis selama 5 hingga 7 minit. Masukkan juga cili serbuk semasa menumis.
5- Masukkan gula merah, sedikit garam, gula dan kicap pekat manis kedalam bahan2 tersebut. Masak perencah sehingga pekat dan padamkan api.
6-Perap dan gaulkan ikan dengan perencah (jangan guna semua-simpan sedikit untuk jadikan kuah semasa ikan sudah dipanggang)-(duration 15-30 minit)
photo from- bp.blogspot
7- Bakar ikan yang sudah diperap tersebut sehingga masak.
8-Tuangkan lebihan perencah keatas ikan bakar dan hias untuk nampak lebih menyelerakan dan Ikan Bakar Echo anda sudah siap!
 Photo from eats.my
9-Additional Info- Perencah ikan bakar ini juga boleh digunakan utk membakar ayam dan hasilnya adalah
photo from- nytimes.com
menakjubkan! Selamat Mencuba Chef sekalian..Life Is Short Make It Great.. See you when I see you...


BY,
Izir-Syahrul-Amir

No comments:

Post a Comment